• Kategori

  • Statistik Blog

    • 10,482 hits
  • Maksud Al-Quran

    "Katakanlah (wahai Muhammad),jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad) Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang kafir. " (Ali Imran: 31-32)
  • Bunga yang harum itu ada juga durinya

  • Maksud Hadith

    Hadis Pertama " Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Pendahuluan Etika Peperangan – by Mahzanizam

Pendahuluan

Peperangan yang disaksikan pada zaman moden ini – yang digerakkan oleh dunia barat – banyak mencorak persepsi masyarakat dunia mengenai mesej penindasan, penganiayaan, kekejaman dan kerakusan sesuatu pihak berlaku dalam setiap peperangan. Begitu jugalah jika dianalisis lembaran-lembaran sejarah peperangan yang dipelopori barat.

                Suatu ketika dahulu, ketika zaman permulaan kebangkitan Islam seterusnya zaman kegemilangannya terdapat banyak siri-siri peperangan yang dilancarkan oleh pihak muslim dalam misi membebaskan seluruh alam dari belenggu penghambaan sesama makhluk. Adab dan etika yang ditunjukkan dalam peperangan-peperangan tersebut telah direkod  dalam catatan sejarah.

Peperangan

Mengikut Kamus Dewan Bahasa, istilah perang atau peperangan bererti perkelahian (pertempuran)dengan menggunakan senjata antara negeri dengan negeri.

Kamus Oxfort memberi pengertian yang lebih komprehensif dengan mentakrifkan war sebagai the use of armed forces between countries or rival group in a nation.

Dalam bahasa Arab, perkataan al-Harb, al-Qital, dan al-Ghazw merujuk kepada peperangan. Di dalam al-Quran, kalimah al-Jihad atau Jihad fi sabilillah yang merujuk kepada erti peperangan mencapai 26 kali penggunaan.

Konsep Jihad

Perkataan Jihad ialah kata nama terbitan daripada Jaahada (Jim Alif Ha Dal) bererti berusaha gigih untuk mencapai sesuatu matlamat. Continue reading

ISU-ISU KONTROVERSI dalam PEMERINTAHAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN

Tunjang Utama Pendapat :

 

1.         Cara penentuan khilafah  oleh  kumpulan besar :

            1.         Pendapat Syiah :

                        a. Tegakkan Imamah/khilafah wajib kerana rukun agama.

                        b. Khilafah tak boleh dipilih secara bebas.

                        c.Saiyidina tokoh utama yg di naskan sbg ganti nabi.

                        d. Bersifat maksum

 

2.                  Pendapat ahli sunnah wal jamaah :

a.2 golongan muhajirin dan ansar. Rasulullah tidak menyatakan secara terang siap penganti baginda.

b. Baginda tidak menyatakan kaedah yang wajib digunakan dalam pemilihan seseorang pemerintah. Hanya menyatakan kaedah-kaedah amyang wajib diambil kira oleh sesorang untuk pemerintah islam dalam menjalankan tugas.

           

3.                  Golongan Al-khawarij :

a.       Dibuat secara bebas.

b.      Tidak semestinya berbangsa Quraisy.

c.       Cuma terlalu ekstrim kerana mengkafirkan orang lain, selepas peristiwa Tahkim.

d.      Dunia kalau tak ada ketua pun tak apa. Kesannya boleh mengundang bahaya.

4.                  Golongan Al-Murjiah :

a.       Tak menyebelahi mana-mana pihak.

b.      Khalifah semuanya mukmin. Tak perlu ditentang. Serahkan pada Allah.

 

            5.         Golongan Muktazilah :

                        a. Pemilihan khalifah adalah pilihan umat. Sesiapa sahaja boleh  

    memerintah.

 

BUKU RUJUKAN AGAMA KELUARAN JAKIM

Para Pembaca yang budiman. Ini ada berita yang gembira.Kawan saya telah pergi ke JAKIM di Putrajaya, untuk mendapatkan bahan -bahan buku di sana. Apabila pulang saya dapati katalog buku keluaran JAKIM yang dibawa olehnya. Malahan beliau membeli beberapa buah buku di JAKIM. Harga buku rujukan yang diterbitkan oleh JAKIM amat murah jika dibandingkan harga yang dijual dikedai-kedai buku walaupun buku yang sama.

Antara Buku yang diterbitkan :

1.   Terjemahan Sohih Bukhari Kulit Keras dari jilid 1 – jilid 5 :

       Jilid 1 : RM14.00                                        Jilid 2   :   RM 20.00 kepada RM6.00

      Jilid 3   : RM20.00 kepada RM14.00           Jilid 4   :  RM22.00 kepada RM11.00

2.   Terjemahan Riadhaus Salihin Kulit Keras Jilid 1-8 antara RM8.00 hingga RM28.00

3.  Bulughul Maram Kulit Keras Jilid 1-2 antara RM7.50 -RM8.50 .Pada asalnya berharga  RM17.00

Datanglah beramai-ramai ke JAKIM untuk mendapatkan buku pada harga berpatutan. Banyak lagi buku yang didapati di sana. Mudah-mudahan anda dapat manfaat dari maklumat ini.

MENAMATKAN PEPERANGAN – BY ZAINAL & MIZA

Peperangan akan berakhir apabila musuh menyerah diri dan berlakunya perjanjian damai . Namun ada beberapa perkara yang perlu dilalui sebelum peperangan benar-benar berakhir . Perkara-perkara tersebut ialah :

1. Berhenti bertempur sementara waktu  – untuk memberi pertolongan kepada orang-orang yang sakit , untuk memindahkan mereka ke tempat lain dan mengkebumikan askar-askar yang telah mati .

2. Gencatan Senjata

3. Perjanjian Keselamatan ( ‘Aqd al-Aman )

4. Perjanjian Taat Setia ( ‘Aqd al-Dhimmah )

5. Perdamaian dan Perjanjian-perjanjian Sementara

6. Perjanjian dan Perdamaian-perdamaian Kekal – untuk mewujudkan keamanan

Continue reading

PENTING KEPADA AHLI KUMPULAN! Dapatkan Maklumat Untuk Menulis Bahan di BLOG ini.

Assalamualaikum. Perhatian kepada rakan seperjuangan sekalian, anda boleh mendapatkan  cara untuk menulis di blog ini. cara-masukkan-bahan. Selamat mencuba.

Terima kasih.

Cara Menghantar Bahan Assigment Melalui Blog Ini

Assalamualaikum. Saya akan menunjukkan cara menghantar post dalam blog ini. Namun kerahsiaan pasword penting untuk menjamin blog ini. Terima kasih.

AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mengucapkan salam sejahtera kepada semua ahli kumpulan 2/FPI/2008. Segala maklumat akan disampaikan dan disalurkan dari masa kesemasa melalui blog ini.Selamat melayari blog kumpulan 2/FPI/2008. Diharap segala maklumat  ini dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan mahasiswa/mahasiswi FPI/2008. Sekian terima kasih.