• Kategori

  • Statistik Blog

    • 5,865 hits
  • Maksud Al-Quran

    "Katakanlah (wahai Muhammad),jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad) Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang kafir. " (Ali Imran: 31-32)
  • Bunga yang harum itu ada juga durinya

  • Maksud Hadith

    Hadis Pertama " Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Etika Peperangan Dari Perspektif Islam dan Barat

Powerpoint : bentang-titas1

Etika Peperangan Mengikut Islam & Barat

 

Pendahuluan

Peperangan yang disaksikan pada zaman moden ini – yang digerakkan oleh dunia barat – banyak mencorak persepsi masyarakat dunia mengenai mesej penindasan, penganiayaan, kekejaman dan kerakusan sesuatu pihak berlaku dalam setiap peperangan. Begitu jugalah jika dianalisis lembaran-lembaran sejarah peperangan yang dipelopori barat.

            Suatu ketika dahulu, ketika zaman permulaan kebangkitan Islam seterusnya zaman kegemilangannya terdapat banyak siri-siri peperangan yang dilancarkan oleh pihak muslim dalam misi membebaskan seluruh alam dari belenggu penghambaan sesama makhluk. Adab dan etika yang ditunjukkan dalam peperangan-peperangan tersebut telah direkod  dalam catatan sejarah.

Peperangan

Mengikut Kamus Dewan Bahasa, istilah perang atau peperangan bererti perkelahian (pertempuran)dengan menggunakan senjata antara negeri dengan negeri.

Kamus Oxfort memberi pengertian yang lebih komprehensif dengan mentakrifkan war sebagai the use of armed forces between countries or rival group in a nation.

Dalam bahasa Arab, perkataan al-Harb, al-Qital, dan al-Ghazw merujuk kepada peperangan. Di dalam al-Quran, kalimah al-Jihad atau Jihad fi sabilillah yang merujuk kepada erti peperangan mencapai 26 kali penggunaan.

Konsep Jihad

Perkataan Jihad ialah kata nama terbitan daripada Jaahada (Jim Alif Ha Dal) bererti berusaha gigih untuk mencapai sesuatu matlamat.

Menurut istilah syarak, jihad ialah usaha gigih untuk menegakkan sebuah masyarakat Islam dan meletakkan kalimah Allah di tempat yang tertinggi, seterusnya membawa syariat Allah untuk memimpin seluruh alam. (al-Fiqh al-Manhaji-terjemahan,2005).

Perkataan jihad digunakan di dalam al-Quran dan al-Hadith dengan beberapa pengertian:

1.      Berperang.

“Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah maha mengetahui orang-orang yang bertaqwa”.

(Surah At-Taubah: Ayat 44)

 

2.      Berhujah dengan menyampaikan ajaran Islam menggunakan sumbernya yang kukuh iaitu al-Quran.

Ÿxsù ÆìÏÜè? šúï͍Ïÿ»x6ø9$# Nèdô‰Îg»y_ur ¾ÏmÎ/ #YŠ$ygÅ_ #ZŽÎ7Ÿ2 ÇÎËÈ

Maksudnya : “Dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al-Quran dengan jihad yang besar”.

(Surah Al-Furqan: Ayat 52)

 

3.      Berniat, berusaha dan berjuang mencari keredhaan Allah seperti membuat kebajikan. (Prof. Madya Amat Juhari Moain, Jihad dan Pengertiannya, 1987)

z`ƒÏ%©!$#ur (#r߉yg»y_ $uZŠÏù öNåk¨]tƒÏ‰öks]s9 $uZn=ç7ߙ 4 ¨bÎ)ur ©!$# yìyJs9 tûüÏZÅ¡ósßJø9$# ÇÏÒÈ

Maksudnya : “Dan orang-orang yang berjihad (bermujahadah) menuju kami, nescaya kami akan tunjukkan  mereka ke jalan-jalan kami”.

(Surah Al-Ankabut: Ayat 69)

 

4.      Menentang musyrikin dengan apa-apa kemampuan.

Rasulullah bersabda: “Hendaklah kamu berjihad terhadap musyrikin dengan harta, diri, dan lidah kamu”.

(Riwayat Ahmad, An-Nasai dan Al-Hakim)

 

5.      Menyerjakan Haji dan Umrah.

Daripada Aisyah r.a, ia bertanya: Ya Rasulullah! Adakah perempuan wajib berjihad? Sabda baginda: Ya, jihad yang tidak berkaitan dengan peperang, iaitu Haji dan Umrah.

(Riwayat Al-Bukhari)

 

6.      Berbakti kepada kedua ibubapa.

Seorang lelaki telah telah datang kepada Nabi S.A.W untuk meminta izin pergi berjihad. Maka sabda baginda: “Apakah ibubapamu masih hidup”?. Ia menjawab: “Masih hidup”. Sabda baginda: “Jika begitu, berjihadlah (berbaktilah) engkau kepada keduanya.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Namun begitu, kalimah jihad telah digunakan syarak merujuk kepada erti perang. peperangan. Pengertian ini telah pun mahsyur penggunaannya di kalangan umat Islam sama ada dari kalangan ahli ilmu mahu pun orang awam.

Perkataan jihad biasanya digunakan pada sekelian amalan kebajikan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh, mengikut pengertian dari segi bahasa, sekiranya dikaitkan atau diterangkan dengan qarinah bersamanya. Penyebutan lafaz Jihad secara mutlak membawa makna peperangan.

Menurut Al-Ustaz Sa’id Hawa dalam bukunya Jihad Fi Sabilillah (terjemahan – cetakan Dewan Pustaka Fajar, 1985), berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, jihad terbahagi 5 bahagian iaitu Jihad dengan lisan, Jihad Pendidikan, Jihad dengan Tangan dan Jiwa, Jihad Politik dan Jihad Harta. Jihad dalam erti peperangan adalah sebahagian daripada Jihad dengan Tangan dan Jiwa.

Peperangan yang dilancarkan oleh pihak Islam mempunyai tujuan seperti yang telah disebut dalam takrif di atas. Ini jelas menunjukkan jihad merupakan salah satu method dalam melaksanakan misi dakwah. Kerana itu sebelum melancarkan jihad ke sesebuah Negara bukan Islam, pihak Islam mestilah menggunakan method dakwah sebagai pilihan pertama. Seandainya pemerintah Negara kafir itu menghalang perjalanan dakwah Islam, dia hendaklah diberi pilihan kedua iaitu bernaung di bawah kekuasaan Negara Islam. Seandainya dia enggan maka ketika itu barulah jihad dilancarkan. Begitulah yang terkandung dalam kitab-kitab Fiqh Islam.

Bukan Semua Peperangan Itu Jihad

Menurut  Dr. Muhammad Abu al-‘Ayn (Jurnal, 2001), terdapat sekurang-kurangnya terdapat 12 jenis peperangan yang digariskan dalam Islam. Di sini kita akan melihat hanya beberapa contoh untuk tujuan pembezaan.

1.      Perang berbentuk defensif  iaitu apabila Negara Islam diserang oleh musuh. Peperangan jenis ini adalah jihad dan hukumnya Fardhu Ain ke atas setiap mukallaf di kawasan tersebut lelaki mahu pun perempuan.

2.      Perang berbentuk ofensif iaitu apabila umat Islam memulakan serangan untuk menyampaikan dakwah ke negara bukan Islam. Peperangan jenis ini juga adalah jihad dan hukumnya Fardhu Kifayah.

3.      Perang menentang golongan murtad. Memerangi golongan ini sebahagian dari jihad dan hukumnya adalah wajib. Jika hanya satu individu sahaja yang murtad, dia hanya ditangkap dan diminta bertaubat. Hukuman bunuh akan dijatuhi sekiranya dia enggan bertaubat.

4.      Perang menentang bughah (pemberontak) dalam negara.  Perang ini tidak dikira sebagai jihad dan pihak pemberontak tetap dianggap Islam.

5.      Perang mempertahankan kehormatan (jiwa dan harta). Perang ini tidak dianggap jihad. Seandainya pihak yang diserang itu terbunuh, dia dikira mati syahid (akhirat).

Dari contoh-contoh di atas, dapat kita simpulkan bahawa hanya sebahagian daripada peperangan dalam Islam dianggap jihad dan sebahagian lagi disyariatkan untuk menjaga kemaslahatan Negara dan masyarakat. Namun begitu tiap-tiap jenis peperangan tersebut mempunyai etika-etika yang tertentu yang perlu dipatuhi sebagai menjunjung perintah agama.

 

JENIS-JENIS PERANG

Pada dasarnya, perang dapat dibahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah perang konvensional dan non- konvensional.

            Perang konvensional merupakan perang yang paling sering kita saksikan,tetapi tidak jelassejak bila manusia mulai mengenal perang jenis ini, akan tetapi jika kita berpandukan kepada Al-Quran,maka akan jelas bahawa pertama kali terjadi perang dunia adalah ketika Qabil membunuh saudaranya yang bernama Habil hanya kerana masalah perjodohan.

            Perang konvensional ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

1.         Perang Kuno

Perang ini merupakan jenis perang yang pertama kali dikenal oleh manusia, dengan cirri-ciri pihak yang bergaduh atau bermusuhan antara dua orang atau lebih bertarung untuk menunaikan masalah hingga salah satu di antaranya menyerah kalah atau mati.

2.         Perang Semi Statis

 

Perang ini disebut semi statis kerana adanya pihak yang dinamis disatu sisi (sebagai pihak penyerang atau pengepung) dan pihak yang statis disisi lain (sebagai pihak yang mempertahankan benteng atau kota).

Perang ini terjadi ketika manusia mulai mengenal pengkoordinasian pasukan dan mulai meninggalkan bentuk perang tradisional, yang kemudian disertai pula dengan perbuatan benteng untuk saranan pertahanan.

Perang jenis ini merupakan salah satu jenis perang yang terkejam kerana dengan adanya pengepungan-pengempungan yang dapat berlangsung berbulan-bulan, maka yang terjadi adalah semacam penyiksaan psikis terutama bagi pihak yang bertahan kerana harus mempertahankan kota/benteng dengan kondisi kekurangan kerana diboikot oleh musuh.

 

3.         Perang Statis

Periode perang semi statis berlangsung cukup lama hingga manusia mengenal senjata api gengam baik itu pistol maupun senapan. Perang kerana mampu membunuh lawan dari jarak juah tanpa meringatan terlebih dahulu, hal ini kemudian memaksa para ahli strategi perang untuk merubah cara berperang dari yang sebelumnya semi agresif menyerang dengan kekuatan besarmenjadi lebih statis dengan diam menunggu saat yang tepat untuk menyerang. Perang seperti ini dapat dilihat dalam perang Napoleon, perang kemerdekaan Amerika, hingga yang terakhir hingga perang Dunia Pertama. Peperangan merupakan keunikan tersendiri kerana dua barisan tentera saling berhadapan hingga kemudian menembak secara serentak dengan senjanta tertentu.

 

4.         Perang Darat.

Perang darat tertakluk kepada peraturan-peraturan yang menjadi lampiran kepada

Persetujuan-persetujuan khusus mengenai undang-undan dan amalan peperangan darat di Persidangan Hague tahun 1889, 1907 dan Persetujuan Geneva tahun 1927 mengenai tawanan askar-askar yang luka dan yang sakit dikalangan tentera darat. Persetujuan terakhir ini kemudianya digantikan dengan Persetujuan Geneva tahun 1949, ditambah dengan beberapa kaedah baru bagi melindungi orang-orang awam. Islam telah mengatur segala urusan denga lebih halus dan bertimbang rasa daripada apa yang disebut dalam persetujuan-persetujuan zaman baru ini. Islam melarang sebarang pencerobohan ke atas orang-orang yang tidak berperang, melarang juga pebuatan membunuh sesiapa saja yang lari di medan perang atau askar-askar yang luka. Islam juga melarang seseorang bertindak denga cara yang melebihi batasan yang diperlukan bagi tujuan menentang pencerobohan. Sesetengah darapada peraturan-peraturan islam ini kemudiannya ditiru oleh Eropah. Dalam Perisytiharan Saint Persbourgh tahun 1866 disebut:

            “Oleh kerana kemajuan tamadun seharusnya membawa kepada pengurang bencana peperangan sebanyak yang mungkin, oleh kerana objektif peperangan ialah melemahkan kekuatan tentera musuh, yang akan dicapai dengan cara menyingkirkan sebanyak mumgkin mereka daripada medan perang, maka penggunaan senjata yang boleh menambahkan lagi keseksaan perajurit-perajurit berkenaan atau yang lebih menyebabkan kematian dikalangan mereka adalah pencabulan terhadap objektif ini dan pelanggaran kepada prisip-prisip kemanusaia”.

 

5.         Pembandingan.

Islam melarang perbuatan membunuh atau menyerang orang-orang yang tercedera, atau yang telah meletakkan senjatanya, paderi-paderi, orang-orang agama, ataupun memusnahkan gereja-gereja serta tempat-tempat ibadat.

 

Islam melarang tindakan-tindakan pemusnahan dalam peperangan, sedangkanundang-udang antarabangsa moden sekaran ini mengharuskan pemusnahan jalan-jalan raya, jambatan-jambatan dan apa saja kemudahan-kemudahan yang mungkin dapat digunakan oleh musuh dalam peperangan.

Abu Bakar Al-Siddiq, dalam nasihat beliau kepada seorang pemimpin tentera Islam berkata:

            “Saya memperingati kamu dengan 10 perkara: Jangan membunuh perempuan, kanak-kanak, orang-orang tuan dan orang luka, jagan menebang pokok buah-buahan, pokok-pokok kurma dan jagan merobohkan bangunan. Jangan menyebelih kambing-kambing atau lembu-lembu. Jangan penangkut dan jangan berkhianat”.

 

6.         Peperangan Laut dan Udara

Pelbagai persidangan telah diadakan dan pelbagai perjanjian telah dibuat bagi mengatur peperangan-peperangan laut dan udara. Walau bagaimanapun perjanjian berkenaan pada dasarnya tidak keluar daripada asas-asas yang sempit sebagaimana juga dalam masalah peperangan darat apa yang ada dalam islamlebih ulung dan lebih komprehensif daripada peraturan-peraturan itu tadi.

Dalam islam, walaupun peperangan lauat tidak pernah dikenali diperingkat permulaannya, namum terdapat hadis-hadis yang mengalakkan sepaya diwujudkan pertahanan laut bertujuan mempertahankan diri daripada mana-mana serangan laut. Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Mujahid, Rasulalah s.a.w dilaporkan bersebda yang bermaksud:

“Apabila seseorang meletakkan kakinya dalam kapal sebagai seorang Mujahid dia akan bersih daripada segala dosanya seperti pada hari dia dilahirkan oleh ibunga. Oerang yang berada didalamnya sema seperti seorang yang sedang bergelumbang dengan darah dalam peperangan pada jalan Allah, orang-orang yang lemas di laut akan mendapat pahala 2 orang syahid pada jalan Allah, dan orang yang melintasinya sama seperti seorang raja yang memakai mahkota di atas kepalanya.

Orang-orang Islam di zama pemerintahan Muawiyah ibi Abi Sufyan ada mempunyai angkatan laut yang besar dan cukup berkesan dalam peperangan melawan tentera Rom. Ia terdiri dari 1700 buat kapal perang dan mempunyai beberapa dermaga termasuk di Al-Fustat, di pelabuhan-pelabuhan di Syria dan di pelabuhan-pelabuhan di Sepanyol.

 

BAB 3 :          FAKTOR- FAKTOR PUNCA PEPERANGAN BERLAKU

MATLAMAT TAJUK

Matlamat tajuk ini ialah untuk memberi penjelasan tentang faktor- faktor penyebab peperangan terutamanya antara Islam dan Barat. Tajuk ini juga turut menjelaskan bahawa terdapat dua faktor utama penyebab peperangan iaitu yang terdiri daripada faktor dalaman dan faktor luaran. Usaha- usaha penjajah dalam melemahkan umat Islam juga akan turut diulas di sini. Turut dinyatakan di sini juga ialah cara- cara yang perlu diambil perhatian oleh umat Islam supaya Islam tidak terus dijajah samada dari segi dalaman seperti budaya, corak pemikiran dan sebagainya atau luaran iaitu pemerintahan Barat dalam negara Islam.

 

3.1       FAKTOR- FAKTOR LUARAN

Sejak berzaman telah diketahui bahawa Barat telah mencuba pelbagai cara untuk memastikan Islam hancur dan musnah di muka bumi ini. Kejayaan Islam pada zaman Umaiyyah dan Abbasyiah telah manjadi satu dorongan untuk mereka meneruskan cita- cita menawan dan memerangi Islam.

 

3.1.1   HASAD DENGKI

 

            Antara faktor penyebab peperangan ialah disebabkan dorongan hasad dengki. Contoh terbaik ialah ketika berlakunya Perang Salib. Gerakan salib Barat telah datang dengan perasaan hasad dengki terhadap Islam dan penganutnya.  Ini berikutan umat Islam menguasai Baitul Maqdis dan di bawah pemerintahan Islam disamping pembukaan wilayah- wilayah di kawasan Asia, Afrika dan Eropah yang juga berada di bawah kuasa dan pemerintahan Islam, di mana sebelum ini di bawah kuasa dan pengaruh kristian.

 

3.1.2   KEKAYAAN NEGARA ISLAM

            Kegemilangan dan kekayaan negara Islam juga menjadi faktor utama Barat untuk menawan dan menakluki negara Islam. Mereka berharap agar dapat menghancurkan kekuatan dan warisan kerajaan Islam. Mereka dapat menjayakan misi ini dengan dibantu oleh orang- orang Islam sendiri yang termakan hasutan dan janji- janji pihak Barat. Umat Islam berpecah belah hanya kerana tenggelam dalam nafsu dunia, di mana mereka dihasut supaya gilakan kuasa. Ini terbukti dalam peperangan salib, apabila pemerintah- pemerintah sanggup menjual saudara Islam sendiri dan membeli orang asing yang berlainan agama demi kuasa. Justeru itu, tidak hairanlah tentera salib boleh menang pada peringkat permulaan dan dapat memerintah dalam kerajaan Islam dengan bantuan dan kompromi daripada pemerintah- pemerintah Islam yang khianat. Contoh lain ialah di Malaysia sendiri, iaitu di zaman kegemilangan Melayu Melaka yang majoriti penduduknya telah beragama Islam ekoran daripada pedagang yang datang dari Tanah Arab yang membawa syariat Islam dan telah menjadikan Mazhab Syafice sebagai undang- undang di Tanah Melayu. Ketika itu Tanah Melayu kaya dengan hasil bahan mentah seperti bijih besi, timah, arang batu dan sebagainya. Kekayaan bumi Tanah Melayu ketika itu dan hubungannya dengan pemerintahan Islam telah mendorong Barat sampai ke Tanah Melayu untuk ditaklukinya.

 

3.1.3   SEMANGAT KEAGAMAAN

            Satu faktor yang menarik ialah program penjajahan direstui oleh pihak gereja. Pihak gereja telah mengadakan perhimpunan- perhimpunan dan syarahan- syarahan yang berapi- api daripada pihak Uskup, Rahib dan Pope untuk menaikkan dan memonopoli semangat keagamaan dikalangan penganut Kristian. Penjajahan dilihat sebagai satu ‘tugas suci’ oleh tokoh- tokoh agama Kristian, iaitu satu kesinambungan daripada Perang salib yang berlangsung selama hampir 200 tahun. Maka atas dasar inilah, pihak Paus (Pope, Ketua Gereja Khatolik) mengeluarkan fatwa bahawa penjajahan bangsa Eropah ke atas manusia di seluruh dunia dihalalkan. Oleh itu, tidak mustahil apabila kita lihat bahawa Kristian tidak putus- putus memerangi dan menjajah semua negara sejak dahulu hingga kini. Hanya corak penjajahan berubah mengikut zaman. Bermula dengan peperangan secara terbuka iaitu menggunakan senjata dan kekerasan pada zaman dahulu sehingga kini penjajahan secara bersembunyi iaitu secara penulisan, pemikiran dan ideologi- ideologi yang memesongkan pemikiran umat Islam, budaya dan sebagainya.

            Terdapat perbezaan antara bentuk dominasi yang dijalankan oleh pihak Barat pada zaman moden. Antara bentuk- bentuk penjajahan yang dilakukan oleh pihak Barat ialah:

a.         Penguasaan secara langsung.

Setelah mereka dapat menakluk sesebuah negara, penjajah terus meletak negara tersebut di bawah pemerintahan mereka sendiri. Negara jajahan dibuka seluas- luasnya untuk rakyat Eropah dan menggalakkan perpindahan rakyat Eropah ke negara jajahan secara besar- besaran tanpa sebarang sekatan. Rakyat pribumi pula tidak dibenarkan mengambil tahu atau mengambil bahagian dalam pentadbiran dan undang- undang. Hak asasi pribumi juga turut dinafikan seakan-akan mereka adalah pendatang.

 

b.         Penguasaan secara tidak langsung

Penguasaan ini lebih fleksibel yang dilakukan oleh pihak penjajah. Sistem ini menggunakan sistem naungan, di mana segala pentadbiran negara jajahan di bawah naungan penjajah. Amalan ini biasanya dilakukan oleh British, di mana rakyat British dihantar ke tanah- tanah jajahan untuk mentadbir. Mereka tidak digalakkan untuk membuat penempatan secara besar- besaran. Sistem ini dijalankan dengan mengekalkan struktur- struktur politik yang sedia ada di negara jajahan. Namun begitu, segala pentadbiran diletakkan di bawah penguasaan pegawai British dan di mana- mana yang perlukan kuasa diwakilkan kepada pegawai British. Sistem ini telah memberi jangka masa yang panjang dalam arena penjajahan kerana segala pentadbiran berterusan di bawah penguasaan pihak penjajah seperti pentadbiran yang berlaku di Malaysia kini, di mana masih mengekalkan pentadbiran yang diperkenalkan oleh jajahan British.

 

c.         Sistem mandat

pendekatan ketiga yang diperkenalkan oleh Barat ialah sistem mandat seperti yang dilaksanakan ke atas Palestin dan Iraq. Secara prinsipnya, negara yang dikenakan mandat dianggap tidak dapat atau tidak berupaya mentadbir ‘diri’ masing- masing. Justeru itu, wakil Barat dihantar yang kononnya untuk ‘membantu’ negara tersebut supaya dapat menubuhkan kerajaan yang berautonomi sebagai langkah penubuhan kerajaan sendiri yang berjaya. Melalui sistem ini, rakyat pribumi diberi sedikit kebebasan untuk menyertai hal- ehwal dalam pentadbiran. Namun begitu, pada waktu yang sama, rakyat didedahkan dengan sistem pemikiran dan pendidikan barat sehingga secara beransur- ansur rakyat Islam terpisah daripada nilai- nilai keIslaman. Sistem ini lebih bahaya dan umat Islam perlu sedar akan taktik- taktik Barat dalam usaha menghancurkan Islam.

 

d.         Perjanjian persahabatan

Cara ini biasanya dilaksanakan oleh British dengan Negara- Negara Melayu, kawasan Teluk Parsi dan Arab Selatan. Pendekatan ini dilaksanakan kerana kononnya pegawai British yang dihantar adalah bertujuan untuk menasihatkan para pemimpin tempatan dalam hal- ehwal pentadbiran. Pegawai yang dihantar sebagai penasihat digelar residen. Walaupun secara zahirnya mereka dihantar sebagai penasihat, tetapi secara realitinya setiap apa yang dinasihati oleh pihak mereka perlu dan wajib dipatuhi. Situasi ini menunjukkan ketetapan yang dibuat oleh residen merupakan dasar yang perlu diamalkan oleh pemimpin tempatan.

 

e.         Corak dan Penegakan Kerajaan Boneka

Amerika Syarikat dan Komunis Rusia telah mengamalkan cara ini. Kedua- dua kuasa ini telah menggunakan kekuatan ekonomi, politik, ketenteraan dan pengaruh kebudayaan untuk menegakkan boneka yang sanggup tunduk kepada perintah mereka. Sejajar ini, kepentingan dan perasaan rakyat tidak diendahkan langsung. Contoh yang jelas dalam hal ini telah berlaku di Iran, ketika terdapat campur tangan dari Rusia mahupum Amerika dan kini berlaku secara halus di Mesir, Turki dan semua negara- negara Islam.

 

3.2       FAKTOR- FAKTOR DALAMAN

            Peperangan yang disebabkan oleh pengaruh dan kuasa lain telah menjadikan Islam semakin dipandang lemah di mata dunia. Tidak selesaikan lagi dalam menghapuskan anasir- anasir jahat dari luar, telah timbul pula peperangan yang disebabkan oleh orang dalaman sendiri iaitu peperangan atau perselisihan antara umat Islam sendiri. Kelemahan ini akan memberi banyak manfaat kepada Barat yang sentiasa mengintai peluang untuk menghancurkan Islam. Faktor- faktor dalaman ini jugalah yang memberi ruang dan peluang pihak musuh berjaya menawan negara- negara Islam.

 

3.2.1   KEPIMPINAN YANG LEMAH

            Serangan- serangan yang diterima oleh negara Islam bukan sahaja daripada negara Barat, tetapi juga mendapat serangan daripada sebelah Timur, contohnya dalam peperangan Tartar oleh kaum Tartar penyembah berhala. Mereka mempunyai kekuatan tentera yang ganas dan kepimpinan yang menggerunkan. Mereka muncul ketika umat Islam lemah dan berpecah- belah serta tiada kepimpinan yang kuat. Raja- raja yang lemah, pemerintah- pemerintah yang berpecah- belah dan gabenor- gabenor yang lali dengan kemewahan dunia tidak mampu melawan tentera Tartar. Akhirnya negara Islam jatuh ke tangan mereka satu- persatu.

 

3.2.2       EKONOMI UMAT ISLAM YANG LEMAH

 

Negara Islam yang mengalami kelembapan ekonomi juga menjadi sumber utamapenaklukan kuasa besar Barat. Kejayaan Barat membuka benua baru seperti Bartolomiuz Diaz yang menemukan tanjung harapan ( 1469 ), Vasco Da Gama yang menemukan India ( 1498 ) dan Columbus yang menemukan benua Amerika ( 1492 ).

 

            Kejayaan ini telah memberikan barat satu kuasa besar dalam bidang ekonomi. Keadaan ekonomi umat Islam yang lemah tidak dapat membangunkan perekonominya. Satu- persatu Negara Islam dijajah dan umat Islam sendiri menjadi kuli dan pekerja bagi membangunkan ekonomi Barat yang berkembang dengan pesat.

 

3.2.3       TIADA PERPADUAN

 

Sejarah Islam seringkali dilihat bergaduh dan tiada persefahaman sesama sendiri. Sikap ini telah memudahkan pihak musuh mengambil peluang dan memudahkan mereka untuk menawan negara Islam. Perselisihan ini telah menyebabkan perpecahan dan menjadikan umat Islam berpuak- puak dan berbilang- biolang dengan dasar masing- masing.

 

3.2.4       MENYEBELAHI PIHAK MUSUH

 

Terdapat segelintir umat Islam yang menyebelahi pihak musuh. Mereka membantu musuh mengusai rakyat jelata dan seterusnya menghancurkannya. Allah telah menerangkan bahawa sesiapa yang menyebelahi musuh tidak boleh di maafkan dan Islam telah menganggapnya sebagai sebahagian daripada musuh. Ini bersesuaian dengan firman-Nya yang bermaksud:

$pkš‰r¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw (#rä‹Ï‚­Gs? “Íir߉tã öNä.¨r߉tãur uä!$u‹Ï9÷rr& šcqà)ù=è? NÍköŽs9Î) Ío¨ŠuqyJø9$$Î/ ô‰s%ur (#rãxÿx. $yJÎ/ Nä.uä!%y` z`ÏiB Èd,ysø9$# tbqã_̍øƒä† tAqߙ§9$# öNä.$­ƒÎ)ur   br& (#qãZÏB÷sè? «!$$Î/ öNä3În/u‘ bÎ) ÷LäêYä. óOçFô_tyz #Y‰»ygÅ_ ’Îû ’Í?‹Î6y™ uä!$tóÏGö/$#ur ’ÎA$|ÊósD 4 tbr”Å¡è@ NÍköŽs9Î) Ío¨ŠuqyJø9$$Î/ O$tRr&ur ÞOn=÷ær& !$yJÎ/ ÷LäêøŠxÿ÷zr& !$tBur ÷LäêYn=÷ær& 4 `tBur ã&ù#yèøÿtƒ öNä3ZÏB ô‰s)sù ¨@|Ê uä!#uqy™ È@‹Î6¡¡9$# ÇÊÈ

 

“Hai orang- orang beriman janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman- teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita- berita Muhammad) kerana rasa kasih sayang kamu terhadap mereka.”

( Al-Mumtahanah: 1 )

 

3.2.5   MEMBOCORKAN RAHSIA- RAHSIA

            Menghebahkan sesuatu yang menjadi rahsia kerajaan kepada musuh merupakan satu pengkhianatan dan boleh memberi kemudharatan kepada keamanan negara dan keselamatan penduduknya. Hal demikian akan membantu pihak musuh untuk mengetahui kekuatan Negara tersebut dan mereka akan mula mengatur langkah untuk memulakan penaklukan dan menjajah Negara tersebut. Dalam hal ini, Allah berfirman yang bermaksud:

$pkš‰r¯»tƒ z`ƒÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw (#qçRqèƒrB ©!$# tAqߙ§9$#ur (#þqçRqèƒrBur öNä3ÏG»oY»tBr& öNçFRr&ur tbqßJn=÷ès? ÇËÐÈ

“Hai orang- orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah- amanah yang dipertanggungjawabkan kepadamu, sedangkan kamu mengetahui.”

( Al- Anfal: 27 )

 

3.3             USAHA- USAHA BARAT DALAM MELEMAHKAN UMAT ISLAM

 

Para imperialis menyedari bahawa kedudukan kuasa Barat terancam selagi umat  Islam kuat, bersatu, komitmen terhadap agama dan akhlaknya. Oleh itu, mereka cuba sedaya upaya untuk memecah belahkan umat Islam dalam apa jua keadaan dan cara sekalipun. Mereka belah wilayah umat Islam, memalingkannya daripada agama Islam, dan menjauhkan daripada akhlak Islam yang berunsurkan nilai- nilai murni kepada unsur- unsur yang bersifat duniawi. Dalam rangka memecah belah umat Islam mereka menggunakan cara- cara berikut:

a.         Dikotomi pendidikan

            Mereka mengadakan dikomi pendidikan, di mana ia terbahagi kepada dua iaitu sistem pendidikan agama dan sistem pendidikan akademik. Untuk pendidikan akademik negara barat menyediakan sekolah hingga universiti, silibus pengajaran yang mengajar teori pendidikan awam, pentadbiran dan sebagainya. Manakala sistem pendidikan agama pada awalnya hanya berpusat di masjid- masjid tanpa sebarang bantuan mengajar yang lebih sistematik. Walupun hari ini sekolah- sekolah agama telah berkembang dan dalam pendidikan akademik juga turut disertakan pelajaran agama, namun silibus pengajarannya tetap di bawah bidang kuasa Barat tanpa disedari.

b.         Merosak aspek moraliti

            Aspek moral adalah asas bagi setiap peradaban. Tanpa moral yang tinggi dan kukuh sesuatu Negara tidak akan mencapai kejayaan. Sesuatu bangsa akan hancur dengan sebab keruntuhan moral. Oleh itu, golongan Barat telah menanamkan moral yang tidak sihat kepada Umat Islam secara perlahan- lahan melalui media massa, media cetak, hiburan, fesyen dan sebagainya. Melalui cara ini, telah ramai umat Islam terutamanya remaja terpengaruh dengan nilai- nilai yang tidak sihat tanpa memikirkan kesan kepada diri, masyarakat dan seterusnya negara, dan yang paling penting kepada agama Islam itu sendiri.

 

c.         Hubungan bebas antara jenis

            Hasil daripada pengaruh media yang disebarkan kepada dunia Islam telah menyebabkan hilang sifat ketimuran yang ada pada setiap kaum wanitanya. Wanita Timur yang majoritinya Islam yang dikenali dengan kesopanan, pandai menjaga istiadat, agamanya serta kesuciannya. Nilai- nilai murni ini telah terhakis apabila Barat mempertontonkan kepada mereka cara wanita Barat dalam berpakaian dan pergaulan dengan lelaki. Dengan ini, wanita Muslimah telah terpengaruh dan mengikuti cara mereka sehingga terlalu bebas hubungannya dengan kaum lelaki tanpa hijab.

           

3.4             CARA MENGELAK PENJAJAHAN BARAT

 

Islam merupakan agama yang syumul di mana dalam ajarannya telah merangkumi semua aspek kehidupan manusia dunia dan akhirat. Cara terbaik untuk mengembalikan kegemilangan Islam ialah dengan kembali pada ajaran Islam sebenar yang bersumberkan Al-Quran, as-Sunnah, Ijmac dan qias. Antara cara lain yang dapat dihuraikan ialah seperti:

 

3.4.1       PERPADUAN

 

Memupuk sikap perpaduan dan semangat kerjasama dikalangan umat Islam seluruh dunia. Segala permasalahan furuc yang seringkali dibahaskan dan menjadi perdebatan seharusnya telah lama selesai kerana terdapat banyak lagi masalah besar yang perlu dititik beratkan seperti masalah murtad yang kini semakin berleluasa. Sikap perpaduan yang disemai antara umat islam dapat melemahkan strategi dan perancangan barat dalam usaha menghapuskan Islam.

 

3.4.2       KETINGGIAN MORAL

 

Kekuatan moral yang tinggi akan melahirkan bangsa yang bersemangat, padu dan mantap untuk mencapai matlamat Islam. Semangat dan kesungguhan ini benar- benar jitu dan berterusan tanpa dipengaruhi oleh anasir- anasir jahat yang mendatang. Moral yang tinggi juga akan melahirkansikap tolong menolong dalam menghadapi kebenaran demi mencapai matlamat- matlamat tersebut.

 

3.4.3       BERITA GEMBIRA DARI ALLAH

 

Melihat berita- berita gembira dari sejarah tentang kegemilangan Islam di mata Dunia dan menjadikannya sebagai sumber inspirasi untuk meneruskan dan lebih memajukan kegemilangan tersebut. Selain itu, perlu yakin akan janji- janji Allah untuk menolong, menyelamat dan mempertahankan orang- orang beriman yang berjihad di jalan Allah. Antara janji Allah dalam firmannya yang bermaksud”

ô‰s)s9ur $uZù=y™ö‘r& `ÏB y7Î=ö6s% ¸xߙ①4’n<Î) öNÎgÏBöqs% Oèdrâä!$yfsù ÏM»uZÉit7ø9$$Î/ $uZôJs)tFR$$sù z`ÏB tûïÏ%©!$# (#qãBtô_r& ( šc%x.ur $ˆ)ym $oYø‹n=tã çŽóÇnS tûüÏZÏB÷sßJø9$# ÇÍÐÈ

“Dan berkewajipan atas Kami menolong orang- orang yang beriman”

( Al- Rum: 47 )

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

¢OèO ÓÉdfuZçR $oYn=ߙ①šúïÏ%©!$#ur (#qãZtB#uä 4 y7Ï9ºx‹x. $ˆ)ym $uZøŠn=tã ÆkYçR tûüÏZÏB÷sßJø9$# ÇÊÉÌÈ

“Kemudian Kami selamatkan rasul- rasul Kami dan orang- orang yang beriman, demikianlah menjadi kewajipan ke atas Kami menyelamat orang- orang yang beriman.

( Yunus: 103  )

 

Dalam surah lain yang bermaksud:

bÎ) (#qßsÏGøÿtGó¡n@ ô‰s)sù ãNà2uä!%y` ßx÷Gxÿø9$# ( bÎ)ur (#qåktJYs? uqßgsù ׎öyz öNä3©9 ( bÎ)ur (#rߊqãès? ô‰ãètR `s9ur zÓÍ_øóè? ö/ä3Ztã öNä3çGt¤Ïù $\«ø‹x© öqs9ur ôNuŽèYx. ¨br&ur ©!$# yìtB tûüÏZÏB÷sßJø9$# ÇÊÒÈ

“Dan angkatan perangmu sekali- kali tidak menolak dari kamu sesuatu bahayapun, walaupun dia banyak dan sesungguhnya Allah beserta dengan orang- orang yang beriman.”

( Al- Ahfal: 19 )

 

3.5       KESIMPULAN

 

            Kesimpulan daripada bab ini ialah peperangan yang berlaku terdapat beberapa faktor utama yang sengaja di reka oleh manusia. Faktor penyebaran dakwah agama dan perluasan kuasa adalah merupakan faktor utama antara pihak Islam dan Barat. Namun begitu, setiap kejayaan dan kegagalan dalam peperangan banyak disebabkan oleh factor dalaman yang tidak disedari oleh pihak mereka sendiri. Walaubagaimanapun, Islam perlu merebut kembali kegemilangannya yang dirampas oleh Barat. Hal demikian kerana Allah telah berjanji sentiasa menolong dalam menegakkan Syiar Islam.

 

 

 

 

Menamatkan Peperangan

Peperangan akan berakhir apabila musuh menyerah diri dan berlakunya perjanjian damai . Namun ada beberapa perkara yang perlu dilalui sebelum peperangan benar-benar berakhir . Perkara-perkara tersebut ialah :

1. Berhenti bertempur sementara waktu  – untuk memberi pertolongan kepada orang-orang yang sakit , untuk memindahkan mereka ke tempat lain dan mengkebumikan askar-askar yang telah mati .

2. Gencatan Senjata

3. Perjanjian Keselamatan ( ‘Aqd al-Aman )

4. Perjanjian Taat Setia ( ‘Aqd al-Dhimmah )

5. Perdamaian dan Perjanjian-perjanjian Sementara

6. Perjanjian dan Perdamaian-perdamaian Kekal – untuk mewujudkan keamanan

 

HURAIAN MENGENAI MENAMATKAN PEPERANGAN

1. Berhenti Bertempur Sementara

Kadangkala sesuatu pertempuran perlu diberhentikan sementara waktu untuk memindahkan askar-askar yang luka atau pun untuk mengkebumikan askar-askar yang mati semasa peperangan . Operasi seperti ini bersifat ketenteraan semata-mata dan boleh dibuat oleh kedua-dua pegawai pemerintah kedua-dua belah pihak . Fasal 32-34 , Peraturan Hague menentukan bahawa operasi ini boleh dibuat dengan cara pegawai pemerintah bagi mana-mana pihak menghantar satu perutusan atau perundingan yang didahului oleh seorang pembawa bendera putih dan diiringi oleh pemukul gendang atau peniup trompet . Rombongan ini tidak boleh diserang atau ditahan . Telah menjadi satu kebiasaan bahawa mata mereka akan ditutup ketika melintasi pasukan musuh supaya mereka tidak dapat memungut maklumat mengenai kedudukan itu . Operasi ini boleh dilakukan oleh pemerintah tentera kedua-dua belah pihak secara sendiri tanpa perlu merujuk kepada kerajaan masing-masing .

Dalam Islam , asas kepada kaedah ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t dalam Surah al-Tawbah 9:6 :

 ÷bÎ)ur Ӊtnr& z`ÏiB šúüÏ.Ύô³ßJø9$# x8u‘$yftFó™$# çnöÅ_rsù 4Ó®Lym yìyJó¡o„ zN»n=x. «!$# ¢OèO çmøóÎ=ö/r& ¼çmuZtBùtB 4 y7Ï9ºsŒ öNåk¨XrÎ/ ×Pöqs% žw šcqßJn=ôètƒ ÇÏÈ

Maksudnya : Dan jika seseorang antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu , maka lindungi ia supaya ia mendengar firman Allah . Kemudian hantarkanlah dia ke tempat yang aman baginya .

2. Gencatan Senjata

          Kadangkala pengutusan perunding bertujuan mengadakan gencatan senjata sebagai satu jalan ke arah perdamaian . Walau bagaimanapun langkah seperti ini tidak boleh dibuat oleh ketua-ketua pemerintah bagi kedua-dua belah pihak secara sendirian , sebaliknya akan dilakukan di bawah arahan kerajaan masing-masing. Gencatan senjata ini sesuai bagi semua medan pertempuran atau di medan-medan pertempuran tertentu sahaja . Ia juga boleh merupakan gencatan senjata sementara , yang dalam tempohnya kedua pihak akan berunding untuk mencari penyelesaian . Jika dalam tempoh tersebut kedua-dua pihak masih gagal mencapai perdamaian , maka mana-mana pihak boleh menyambung peperangan tersebut . Dalam keadaan di mana tempoh bagi sesuatu gencatan senjata tidak diberikan , maka setiap pihak berhak untuk menyambung peperangan pada bila-bila masa sahaja dengan syarat memberitahu tentang hal tersebut kepada pihak yang satu lagi .

          Dalam sejarah Islam , gencatan senjata sementara dapat dicontohkan dengan Perjanjian Hudaibiah atau Gencatan Senjata Hudaibiah . Ini kerana pada waktu sebelumnya , peperangan terus berlaku antara kaum Quraisy dengan orang-orang Islam . Berasaskan qiyas kepada Perjanjian Hudaibiah ini ulama-ulama mazhab Syafi’i termasuk al-Mawardi juga berpendapat bahawa gencatan senjata itu tidak harus diadakan bagi tempoh lebih daripada 10 tahun . Sementara sesetengah fuqaha lain berpendapat , pemerintah berhak mengadakan gencatan senjata bagi tempoh yang tidak lebih daripada empat bulan sahaja .

Firman Allah s.w.t :

 (#qßs‹Å¡sù ’Îû ÇÚö‘F{$# spyèt/ö‘r& 9åkô­r& (#þqßJn=÷æ$#ur ö/ä3¯Rr& çŽöxî “Ì“Éf÷èãB «!$#   ¨br&ur ©!$# “Ì“øƒèC tûï͍Ïÿ»s3ø9$# ÇËÈ

Maksudnya : Maka berjalanlah kamu ( kaum musyrikin ) di muka bumi selama empat bulan . ( al-Tawbah 9:2)

          Sewaktu gencatan senjata ini berkuatkuasa , keadaan perang masih berterusan walau selama mana tempoh gencatan senjata itu ditentukan . Jika gencatan senjata itu bersyarat iaitu tidak kembali kepada peperangan sekalipun , peperangan itu masih juga berterusan . Dalam keadaan begitu , kedua-dua belah pihak mempunyai hak sebagai pihak yang berperang sehingga gencatan senjata itu tamat dengan perdamaian tetap yang menyelesaikan pertikaian-pertikaian yang menjadi sebab kepada peperangan berkenaan .

3. Perjanjian Keselamatan ( ‘Aqd al-Aman )

          Sesiapa sahaja di kalangan orang Islam yang baligh walaupun seorang hamba berhak untuk membuat perlindungan terhadap mana-mana orang kafir harbi secara individu atau dalam satu kelompok yang kecil . Ini berdasarkan Hadith Rasulullah s.w.t yang bermaksud bahawa orang-orang Islam itu sama saja taraf mereka , tidak ada yang lebih ti

 

BIBLIOGRAFI

 

A.G. Noorani. 2006. Islam and jihad: prejudice versus reality. Shah Alam: Malindo prienters Sdn. Bhd.

Abdullah Nasih Ulwan. 1999. Pejuang pembaharuan Salahuddin Al- Ayubi. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Abu Ilzam. 1989. Ketenteraan dalam Islam. Shah alam: Hizbi.

Evan Luard. 1986. War in international society. London: Yale University Press.

Fathi Yakan. Ter. Ibnu Ghazali. 2002M/1422H. Api kebangkitan Islam & cabaran abad ke- 21.Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.

Mukhlas Asy- Syarkani. 2004. Mengapa umat Islam tidak terbela. Kuala Lumpur: Al- Hidayah.

Nicolas Fotion. 2007. War & ethics a new just war theory. New York: Continuum International Publishing Group.

Simon Chesterman. 2001. Civilians in war. America: Lynne Rienner Publisher.

Yusof Al- Qaradhawi. 2002. Berita gembira kemenangan Islam. Kuala Terengganu: Yayasan Islam Terengganu.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: